Tips Penjagaan Komputer :
Sesebuah komputer hendaklah dijaga dengan rapi pada perkakasan (Hardware) dan perisian (Software)
bagi memastikan ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan boleh
digunakan pada bila-bila masa sahaja diperlukan. Untuk tujuan ini
pemeriksaan hendaklah dibuat selalu sekurang-kurangnya 1 tahun sekali (servis).
Tujuan pemeriksaan ialah :
1. Untuk memanjangkan jangka hayat komputer.
2. Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik.
3. Memastikan hard disk komputer anda tidak dimasuki VIRUS.
Tips 1 : Masalah Habuk
Musuh
yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa
berada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang
terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada
PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan
termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan
jangkahayat komputer akan kurang Jenis-jenis habuk yang lain pula
termasuklah habuk dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk
ke dalam komputer kita.
Cara untuk menghilangkan habuk senang
sahaja. Cara pencegahan, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di
gunakan dengan plastik komputer. Cara rawatan pulak, gunakanlah vacum
cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut
habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa
kuat kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).
Tips 2 : Masalah Virus
Ini
merupakan masalah menjadi perbualan yang hangat di internet. Masalah
virus sebenarnya berpunca dari sikap semulajadi manusia yang akhirnya
mengalami kerugian pun manusia juga. Virus amat mudah merebak melalui
internet terutamanya melalui email-email anda. Awas semasa membuka email
dari sumber-sumber yang tidak di kenalpasti keselamatannya. Virus juga
mudah merebak melalui perkongsian disket dan penggunaan software pirate!
Virus akan menyebabkan perjalanan PC anda akan terganggu atau mengalami
kerosakan.
Apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah komputer
anda dari di jangkiti virus adalah dengan mendapatkan perisian antivirus
terkini dan senantiasa updatekan perisian anda antivirus anda dengan
definasi virus-virus terkini (biasanya update melalui internet).
Terdapat banyak jenama perisaian antivirus yang terkenal dan boleh di
harapkan (reliable). Di antaranya ialah Norton Anti Virus, PC-Cilin
Antivirus, Mc AFee Antivirus dan Innoculan Antivirus. Kami sarankan
gunakanlah Nod32 Antivirus... Anda di syorkan untuk updatekan definasi
virus terkini dari internet sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Beringat
sebelum komputer anda terkena virus... Mencegah lebih baik dari
merawati.
Tips 3 : Masalah Cara Penggunaan
Penggunaan
PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa komponen komputer yang
mempunyai jangkahayat yang rendah. Komponen-komponen ini terdiri
daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak dan perlu di
gantikan bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse yang perlu di
gantikan pada harga yang mahal sedikit kerana keyboard dan mouse jenis
ini lebih tahan lama dan selesa untuk di gunakan.
Jangan buka dan
tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara menutup komputer anda
dengan betul dengan menekan menu START - SHUT DOWN - OK! (Sekiranya anda
ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda di syorkan untuk
menggunakan menu STANDBY)